Penarikan anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang kepada Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan telah berkuat kuasa pada 24 Ogos lalu.

"Penama ini tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.