Sanjeevan

Penarikan anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang kepada Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan telah berkuat kuasa pada 24 Ogos lalu.

"Penama ini tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau pernah didakwa di Mahkamah Sesyen pada tahun lepas atas kesalahan memuat turun kenyataan yang menghina pihak Polis Diraja Malaysia melalui akaun Twitter @SanjeevanSS pada Mac 18.

Sanjeevan juga pernah dihukum penjara selama tiga bulan dan didenda RM7,000 selepas disabitkan bersalah oleh Mahkamah Majistret pada 14 Ogos 2018, kerana didakwa memeras ugut seorang pekerja kedai, tujuh tahun lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan meminta wang tunai RM1,500 atau mangsa berdepan risiko tidak boleh meneruskan perniagaan pada jam 9.45 malam, 1 Julai 2013 di Jalan Dagangan 8, Pusat Komersial Triang, Bera dekat sini.

Melihat sejarah pertuduhan beliau maka keputusan penarikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini adalah wajar agar tidak disalahgunakan.

Category
Curated news from the internet and individual contributors and groups.