Kebakaran di Mid Valley Megamall

KUALA LUMPUR: Kebakaran berlaku di kompleks beli-belah Mid Valley Megamall, dekat Bangsar, pagi ini dengan kepulan asap hitam yang menjulang dapat dilihat beberapa kilometer dari tempat kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian dan kerja memadam kebakaran sedang berjalan.

Menurut jurucakap itu, kebakaran berlaku di pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) di kompleks itu jam 10.30 pagi dan pihaknya mendapat maklumat kejadian, dua minit kemudian.

Tiada mangsa terbabit kebakaran di Mid Valley

sitin Wed, 05/17/2023 - 12:36