Rafizi tidak tolak kemungkinan GST dilaksana semula

KUALA LUMPUR : Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mungkin akan dilaksanakan semula apabila sudah tiba masanya, kata Rafizi Ramli.

Menurut Menteri Ekonomi itu, pelaksanaan semula GST seharusnya bersifat lebih progresif.

“Pandangan saya mengenai GST ialah apabila tiba masanya, ia adalah sesuatu yang kita perlu lihat tetapi sebelum itu, kita mempunyai laluan yang mencukupi untuk tempoh 12 hingga 15 bulan akan datang untuk memperbaiki perkara yang berada dalam kawalan kita.

sitin Tue, 02/28/2023 - 22:40