Persetujuan Demi Siapa?

Mutakhir ini kita melihat Perdana Menteri Ismail Sabri berusaha keras dalam mengimbangi kehendak mantan PM Muhyiddin Ismail (Bersatu), Ahmad Zahid Hamidi (Umno) dan ketua pembangkang Anwar Ibrahim. Perjumpaan beliau bagi membincangkan hala tuju ekonomi bersama mantan PM Najib Razak juga dilihat sebagai satu usaha mencapai kesepakatan. Namun demi kepentingan siapakah usaha sedemikian oleh Ismail?

Persidangan parlimen yang bakal berlangsung pada Isnin hadapan sudah tentu menghantui Ismail sekiranya beliau tidak memilik sokongan dari semua pihak. Walaupun para jemaah menteri yang dilantik memenuhi hasrat Bersatu, kekuatan sokongan sekiranya undi percaya dilakukan masih di ambang ketidak-tentuan kerana Umno masih berbelah bahagi.

Ismail kini memerlukan sokongan daripada pihak pembangkang dengan menawarkan perjanjian CSA sebagai ‘insuran’. Adakah pihak pembangkang akan mempersetujui syarat-syarat yang bertentang dengan matlamat Pakatan Harapan?

Kem parti DAP yang bersama Lim Guang Eng diantaranya terdiri daripada Liew Chin Tong dan Tony Pua disebut bersedia untuk menerima tawaran Ismail. Apakah mereka dilihat sebagai duri dalam daging PH? Sudahkah mereka lupa matlamat perjuangan asal bersama Anwar Ibrahim?

Perkara sedemikian memeperlihatkan keretakan dalam DAP sendiri yang tidak jauh bezanya dari kluster mahkamah hanya memikirkan cara menyelamatkan diri sendiri. (Kes terowong Pulau Pinang yang melibatkan Guan Eng)

Sumber dalam PH menyebut bahawa dalam perjumpaan tertutup sebahagian besar pimpinan tidak bersetuju menandatangani perjanjian CSA, malah dalam kem Umno juga masih ada ketidakpastian sekiranya kluster mahkamah tidak bebas dari pertuduhan.

Hakikatnya persetujuan yang akan terhasil daripada usaha Ismail hanyalah memanfaatkan karier politik beliau yang dari mulanya sudah tidak diberkati apabila gagal hadir untuk istiadat mengangkat sumpah.

Category
Curated news from the internet and individual contributors and groups.