MUDA siapa

Mutakhir ini kita dapat lihat bagaimana nasib rakyat lebih terjamin melalui semangat perpaduan ketika menghadapi bencana bajir. Memang menyedihkan bila dilihat kerajaan dan agensi bertanggungjawab melepas tangan dan berbalah, malah sehingga menyalahkan mangsa yang sendiri berdegil tidak mahu dipindahkan ke kawasan selamat!

 

Di sebalik kegagalan ini kita harus ingat siapakah ahli-ahli politik dalam kerajaan mahupun pembangkang yang sekadar bermain persepsi dan berpura-pura mengambil berat kebajikan rakyat. Enough is enough for Malaysians to continue giving the mandate for these self-centered politicians.

 

Pada masa yang sama kita bersyukur masih ada ahli politik yang memiliki sifat kepimpinan dalam menyegerakan bantuan tanpa melalui karenah birokrasi. Parti Muda milik Syed Saddiq meyakinkan kita semua bahawa ketika menghadapi musibah, dana dapat dikumpul dalam masa terdekat. Pembentangan perbelanjaan wang tersebut was a display of accountability and good governance. Kudos Muda! Namun masih wujud prasangka siapakah sebenarnya membantu Muda di belakang tabir? Siapakah financier yang berjiwa murni selama ini?

 

Media massa sering menunjukkan rakan-rakan politik Saddiq terdiri daripada parti komponen PH daripada DAP iaitu seperti Hannah Yeoh, Yeo Bee Yin, Ong Kian Ming malah Tony Phua sendiri. It does not come as a surprise kerana zeitgeist anak muda memainkan peranan penting dalam PRU ke-15 kelak. Parti Warisan dan Pejuang juga selesa bekerjasama dengan Muda demi meraih sokongan sebagai parti politik yang relevan.

 

Bayangan Tun Mahathir sebagai punca kekalutan politik dan pentadbiran negara masih sukar untuk dilupakan oleh mana-mana rakyat Malaysia sehingga hari ini. Tidak hairan sekiranya Tun terlibat secara langsung dalam kempen politik di PRU ke-15 kelak, risiko calon ditolak pengundi amat tinggi kerana nasib rakyat tergadai hanya semata-mata kerana ego dan kepentingan Tun sendiri. Apa beza dirinya dengan ahli politik Barisan Nasional mahupun Perikatan Nasional?

 

No doubt fellow Malaysians are confident in Muda when it comes to a refreshing political future for the country. Masalahnya adakah Saddiq benar-benar new age politician atau sekadar façade bagi old players? Atau lebih khusus, bukankah Saddiq ‘cucu’ kesayangan Tun?

 

Persoalan ini wujud kerana pelbagai isu yang melibatkan individu-individu berkait rapat dengan Tun apabila melibatkan korupsi ataupun provokasi politik tidak diendahkan Saddiq. What is the real stance for Muda when it comes to corruption? Adakah setiap kali orang-orang Tun didakwa mahupun dituduh terlibat kegiatan rasuah alasan pembelaan adalah kerana mereka tidak mahu memberikan sokongan kepada kerajaan BN/PN? Was it fair to say Peter Anthony left Warisan because his political beliefs no longer resonate with Warisan or he could not be saved by Shafie therefore his exit was inevitable? Regardless, ia membayangkan selagi anda tidak kantoi dalam kegiatan haram tak perlulah risau kerana Muda akan menunggu arahan dari ‘senior-senior’ dari Warisan dan Pejuang terlebih dahulu sebelum menghentam anda.

 

These are opening thoughts atau perkara yang wajar dibangkitkan mengenai Muda dan rakyat harus memahami sejarah politik di dalam negara sebelum membuat kesimpulan. Sekiranya Muda benar-benar bebas dari cengkaman Tun Mahathir ianya satu khabar yang baik. Tetapi janganlah memperbodohkan kami bagaikan bait and switch di PRU ke-15 kelak dengan memberikan mandat kepada mereka yang bertanggungjawab menjahanamkan negara kita dan menjadikan pembaharuan dalam manifesto Pakatan Harapan sekadar sebuah retorik.

 

Nukilan daripada;

Pemerhati Politik Ikhlas
Ismail Hassan

Category
Curated news from the internet and individual contributors and groups.