Azmin Ali Semburit Seks Gay Pondan

Pelbagai laporan kes jenayah di dalam mahkamah terbukti secara prima facie apabila wujud bukti pendakwaan, kenyataan saksi dan fakta kes yang disokong oleh makmal forensik. Tapi mengapa kes profil tinggi seperti Azmin Ali dibisukan begitu saja?

 

Jika sebelum ini Pejabat Peguam Negara memutuskan bahawa kes tersebut diklasifikasikan sebagai NFA, ia dilihat seolah-olah memperlekehkan badan penyiasat Polis Diraja Malaysia di bawah naugan Hamid Bador ketika itu. Di manakah letaknya integriti PDRM sekiranya perkara ini juga berhubung kait dengan sindiket menawarkan 'pembelian pangkat' ? Adakah wujud satu rangkaian untuk mengaturkan atau 'melepaskan' kes profil tinggi?

 

Perkara ini harus dibangkitkan semula kerana rakyat sudah jelik mendengar jenayah dilakukan pelaku berprofil tinggi bebas dari hukuman undang-undang. Ketika kita menghadapi pandemik sudah menjadi lumrah mendengar golongan menteri dan kayangan terlepas dari undang-undang melibatkan pelanggaran SOP Covid-19. Pertukaran kerajaan pusat juga melihatkan golongan kluster mahkamah juga dibebaskan sekelip mata.

 

Sekiranya Perdana Menteri Ismail Sabri benar-benar inginkan mesej Keluarga Malaysia diterjemahkan kepada rakyat, sekurang-kurangnya buktikan tiada salah guna kuasa dan kembalikan integriti PDRM. Semak semula kes profil tinggi ketika pemerintahan Pakatan Harapan seperti kes melibatkan Azmin Ali yang di mata rakyat amat jelas kerana wujud bukti video forensik, pengakuan pesalah-laku dan kenyataan saksi lain. 

 

#AzminAli #semburit #HamidBador #Haziq

Category
Curated news from the internet and individual contributors and groups.