Zamri Yaakob

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) telah memilih adalah abang sulung kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) yang baru berkuat kuasa 13 September 2021.

Zamri Yaakob juga merupakan Ahli Pihak Berkuasa Risda (2016–kini), Pengerusi Koperasi Gabungan Negeri Pahang (2014–kini), Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Daerah Jerantut (1998–kini) serta Lembaga Pengarah Risda Fleet Sdn Bhd. (2014-kini).

Selain itu, dia juga ialah Pengerusi Koperasi Pekebun Getah Nasional Berhad (Narsco) Berhad sejak 2012 sehingga kini serta Pengerusi Narsco Travel Tours Sdn Bhd (2013–kini).

Nafas ialah badan berkanun yang berfungsi sebagai payung besar kepada 14 pertubuhan di peringkat negeri untuk meningkatkan hasil, membekalkan input dan keperluan untuk ladang, membekalkan peralatan pertanian, menyediakan kemudahan kredit, melabur dana anggota dan memproses hasil di kilang.

Pemilihan beliau benar-benar membawa erti kepada Keluarga Malaysia sebagaimana kita maklum bahawa speaker parlimen Azhar Harun adalah adik kepada peguam negara Idrus Harun. Bagaimana kita hendak memastikan tidak wujud pilih kasih di sini?

Category
Curated news from the internet and individual contributors and groups.