Manusia sentiasa diuji Tuhan agar diberi keinsafan dan keberkatan dalam kehidupannya. Di sebalik setiap ujian seseorang itu akan mendapat hidayah kerana kadangkala kita hanya sedar akan kebolehupayaan diri setelah melalui  cabaran besar.

Rakyat Malaysia sudah merdeka selama 64 tahun dan bersama-sama melalui detik pahit manis sebagai satu bangsa. Tuanku Abdul Rahman juga pernah mengingatkan kita apakah itu erti perpaduan sebagai satu bangsa Malaysia ketika perutusan terakhirnya sebagai Perdana Menteri.