Mati Orang Bujang Tekanan Mental Akibat Polisi Ismail Sabri

Pengumuman kerajaan untuk membenarkan Lembah Kelang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya beralih kepada Fasa 2 berkuat kuasa Jumaat ini disambut baik oleh semua.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peralihan fasa itu sekali gus membolehkan tiga negeri itu dibenarkan rentas negeri dan tiada lagi sekatan jalan raya.

Malangnya masih ada beberapa kekangan prosedur operasi standard (SOP) yang terus memberi tekanan kepada rakyat.

Pasangan jarak jauh dan ibu yang ingin melihat anak berumur bawah 18 tahun sudah boleh merentas negeri yang berada di Fasa 2. Namun bagaimana pula dengan golongan bujang yang terus merasa tekanan tanpa sokongan emosi keluarga? 

Baru-baru ini seorang jurukimia telah meninggal dunia dari pendarahan setelah bertindak secara rambang menumbuk cermin kaca sebuah masjid akibat tidak dapat menahan tekanan mental. Kakak kepada mangsa melaporkan bahawa adiknya sering merindui ahli keluarga.

Apakah guna istilah Keluarga Malaysia diungkap oleh Perdana Menteri Ismail Sabri sekiranya golongan bujang akan terus tersisih daripada kelonggaran SOP yang terus memberikan impak kepada kesihatan mental mereka.

Category
Curated news from the internet and individual contributors and groups.