Skandal Seks Pendakwah Akhir Zaman Ebit Liew

Skandal Seks Pendakwah Akhir Zaman

Proses melengkapkan siasatan melibatkan seorang pendakwah terkenal terganggu berikutan penyebaran video dan mesej lucah didakwa bahan bukti, kata polis.

Polis semalam mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan berhubung penularan video dan mesej lucah di aplikasi Telegram yang didakwa melibatkan pendakwah itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata, siasatan dijalankan bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan).

Siasatan turut dilakukan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

Dua bulan lalu hangat diperkatakan di media sosial apabila tular video lucah didakwa mirip pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Namun, baru-baru ini kontroversi itu kecoh kembali apabila ada pengguna Twitter mendakwa ada bukti bahawa lelaki di dalam video berkenaan ada pendakwah tersebut.

Pendakwah bebas Firdaus Wong sebelum ini mendedahkan “bukti” gangguan seksual itu dan berkempen supaya lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis.

Beliau mendakwa menerima kecaman daripada orang ramai selepas mendedahkan bukti daripada mangsa serangan seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal baru-baru ini.

Firdaus Wong melalui hantaran di Telegramnya berkata, sejak menggunakan platform media sosialnya bagi membangkitkan isu pemangsa seksual, pelbagai cacian turut diterima namun pedakwah itu tetap berpegang teguh mahu menegakkan kebenaran.

“Semalam, buat pertama kali saya mendedahkan bukti daripada seorang mangsa serangan seksual melibatkan individu yang mendakwa dirinya sebagai seorang pendakwah terkenal.

“Semua bukti yang didedahkan telah dihantar sendiri oleh mangsa berkenaan yang meminta bukti-bukti itu dikongsikan pada umum untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat,” katanya di sini.

Selain itu katanya, mangsa juga telah memintanya berkongsi semua bukti berkenaan bagi menggalakkan lebih ramai mangsa untuk tampil membuat laporan polis.

“Mangsa juga telah buat laporan polis dengan semua bukti telah diserahkan untuk disiasat.

“Selepas berbincang dengan penasihat syariah dan pakar perundangan, Alhamdulillah mereka mengizinkan semua perkongsian itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan undang-undang,” jelasnya.

Katanya, kesemua mesej serta bukti tersebut telah dilihat oleh mata kepalanya sendiri daripada perbualan melalui WhatsApp mangsa dan bukan sekadar mendengar kata pihak ketiga.

“Saya terpaksa berkongsi di saluran telegram kerana pada pandangan saya, mesej-mesej bertulis itu mempunyai elemen lucah melampau yang mungkin menyebabkan Facebook atau Instagram saya dipadamkan apabila ada individu yang membuat laporan.

“Saya bersiap sedia sepenuhnya sekiranya ada pihak yang mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman,” tambahnya.

 

VIDEO 1


 

VIDEO 2


 

VIDEO 3

Category
Curated news from the internet and individual contributors and groups.