UMNO PPBM

Keengganan Bersatu untuk menyokong Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat hanyalaha satu usaha membalas dendam.

Malaysiakini melaporkan Ahli Parlimen Pontian itu, enggan mengulas khabar angin tersebut dan ianya wajar ditanyakan kepada pemimpin Bersatu.

"Sila tanya PPBM (Bersatu), terima kasih," katanya ringkas ketika ditanya mengenai perkara itu.

Sebelum ini dilaporkan pendirian Bersatu adalah Umno kena memilih semula seorang calon yang tidak berdepan kes pendakwaan di mahkamah dan terbukti integriti.

Melihat perkembangan ini juga kita amat sukar bagi Perdana Menteri Ismail Sabri untuk melantik Najib Razak sebagai penasihat ekonomi berikutan kes beliau.

Masih terlalu awal untuk mengatakan Bersatu berjaya menekan Umno kerana perjanjian MoU kerajaan bersama pembangkang bakal melihat satu kompromi yang mungkin menyaksikan kewujudan jawatan timbalan speaker ketiga. Sudah tentu sebagai balasan Umno akan mendapat sokongan dari pembangkang.

Category
Curated news from the internet and individual contributors and groups.