Sabri Hisham

Sekiranya kita henti memberikan tekanan kepada pemimpin politik, bagaimana nasib rakyat akan terus terbela? Tidak terhenti dengan perlantikan ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9, titah YDPA seolah-olah tidak diendahkan apabila mereka ini digesa untuk memberikan fokus dan tenaga dalam permasalahan rakyat.

Hari demi hari kita masih melihat ‘ugutan’ demi sokongan sehinggakan para jemaah menteri hari ini samada telah dilantik semula atau diberikan jawatan baru bertaraf menteri, namun masih tidak menjanjikan satu usaha damai demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

kita dihambakan

 

Rakyat terpaksa bergantung kepada diri sendiri demi kelangsungan hidup dalam keadaan yang tidak menentu. Kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum ini bahawa Covid-19 akan melalui fasa endemik agar satu kehidupan norma baru bakal membolehkan pemacuan ekonomi negara amat dialu-alukan. Namun, kebebasan rakyat sudah pasti akan dipantau sehingga kadar vaksinasi mencecah sasaran imuniti kelompok. Jadi apakah pemimpin politik masih sibuk bermain di kolam kuasa lebih daripada menumpukan usaha kerjasama di antara kerajaan dan pihak pembangkang? Atau masih wujudkah duri dalam daging kerajaan Umno-Bersatu-Pas? 

Rakyat sudah jelak dengan perebutan kuasa. Bersidanglah semula parlimen agar lebih bantuan dapat disalurkan melalui perdebatan yang akan membawa kepada kemajuan dan perpaduan negara. Sekiranya rakyat masih diperlekehkan oleh mereka yang tiada sifat tanggungjawab, ke bawah duli YDPA kita menagih kasih.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar walaubagaimanapun terus menoktahkan persoalan undi percaya terhadap ismail dengan memetik bahawa Tuanku telah menitahkan sedemikian. Sejujurnya rakyat sudah tidak mahu memikirkan soal keabsahan PM kerana apa bezanya memandangkan para jemaah menteri kali ini pun bekas lantikan Muhyiddin Yassin walaupun beliau sudah jelas ditolak rakyat.

bagai tamadun mesir

 

Buat masa ini kita hanya boleh berdoa dan berharap Ismail dan Muhyiddin masing-masing mendapat hidayah akan azab menanti mereka sekiranya terus menzalimi rakyat.

Category